|
Dari pagi membaca pruf rasanya mata seperti dah naik juling. Berpinar-pinar. Jadi aku pun tolak ke tepi pruf 2. Nak rehat sekejap rasanya. Duduk2 depan pc ni aku jadi ingat sepucuk surat bersetem Kangar yang diforwardkan padaku oleh Alaf 21. Kecuali nama, tak ada apa yang ditinggalkan pada surat atau lebih tepat lagi sebuah cerpen berserta dengan puisi2. Mungkin pengirim 2 memang tak mahu dikenali. Tapi tak patut pulak rasanya kalau aku ignore aje surat 2, jadi aku tulislah apa2 yang patut kt sini sebagai tanda terima kasih. Mana tau suatu hari nanti dia terbuka blog ni dan terbaca. Apa pun tak kisahlah siapa dia. Cuma yang aku tahu puisi-puisi yang ditulis itu sangat menarik. Ada banyak yang boleh dijadikan nasihat. Maklumlah... sejak akhir-akhir ni kaki aku ni asyik nak tersadung akar aje. Jadi mungkin ada puisi-puisi itu yang boleh aku jadikan bekal untuk terus meneroka indahnya bumi ALLAH. Kepada pengirim surat itu, siapa pun dan di mana pun dia berada, aku hanya nak ucapkan terima kasih sebab mengabadikan namaku dalam nukilannya (Rasanya tak ada lagi orang yang buat macam 2 untuk aku, bangga juga rasanya... hehehe). Semoga dia akan selalu berada di bawah lindungan-NYA. Sekian... ~aleya aneesa~ |
| Leave a Comment: |