aleyaaneesa_marwati





~~ yoha ~~

aleyaaneesa@yahoo.com.my


~~Novel~~






**Semut Emas**




<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


~Jom Tengok!~




~Kawan Penulis~

damyahanna
anisayuni
bikashnuridris
hasreeyati
ayuemelda
myaisyasofea
eymanhykal
norzailina

~~Sinopsis~~

~Kasih Antara Kita~

"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Dan... benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya."

~Semusim Rindu~

"Benarlah… perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi... sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah."

~Untukmu Sayang~

"Cinta itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan... cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita."

~Atirah~

"Dia hanyalah seorang kanak-kanak polos yang mengharapkan kasih sayang. Tapi... kasih yang diharapkan jauh tercicir sedangkan dia tidak pernah diberi kesempatan untuk tahu apa kesilapannya"


~Renungan Bersama~


“Bila ALLAH mendatangkan ujian pada kita, itu tandanya DIA sayang pada kita. Mahu melihat sejauh mana kekuatan kita dalam menempuhi ujian-NYA. Bersabar dan berusaha! Semuanya akan berakhir suatu hari nanti.”

“Andainya rintangan menghalangi jalananmu, jangan pernah berpaling.Tapi kerlinglah di kiri kanan, kau akan lihat sejalur cahaya. Mungkin terang, mungkin samar. Jika samar, jgn mengalah, cuba kau cari erti kesamaran itu. Dan, kau akan temui satu hakikat. Detik kejayaan kian hampir!”

“Masa pasti berlalu bersama cerita semalam. Tapi ada kenangan yang kekal dalam lipatan sejarah. Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita. Semalam sudah terlalu jauh ditinggalkan, sedang hari ini dan esok masih tiada kepastian. Terlalu misteri! Jadi berusahalah untuk bangkit kembali. Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri. Bukan orang lain apatah lagi kenangan lalu. Lepaskan kenangan itu jika hanya menambah lara di hati. Detik malang tentu tidak selamanya akan kekal.”

“Jika memang niat kita ikhlas ALLAH pasti beri jalan.”

“Hakikat hidup ini tidak semudah yang kita kira. Tapi mengalah dan mengambil jalan singkat bukanlah kesudahan yang baik.”


~Jom~





~MUTIARA KATA~


~Tidak akan ada langit dalam rimba kehidupanmu kecuali kamu menjadi pohon besar~
-Keris Mas-

~"Biar orang lain jaga akal,
jaga nafsu dan jaga perut. Kita di sini hanya jaga hati
kerana dengan jaga hati, yang lain dengan sendirinya terjaga;
baik perut, baik akal, baik nafsu."
~
-Shahnon Ahmad-

~Wanita adalah paduan dan penyatuan
dari sifat alam dan kehidupan,
laksana matari yang memancar,
laksana bulan yang bersinar,
seperti angin yang bertiup,
ibarat air yang lembut yang menyegarkan
tapi juga menenggelamkan~
-Usman Awang-

~Cinta itu satu duka dan bahagia
yang tak terurai,
"satu penerimaan dan penolakan yang ganjil".
~
-A. Samad Said-


~KAU ILHAMKU~




Hit Counter



Sheila on 7 - Berh...



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Friday, December 29, 2006
~Aku dan Ucapanku~

~Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

 kepada sesiapa saja yang mengenali aku,

x mengenali aku dan semua umat Islam

yang ada di muka bumi ini.

Semoga raya kali ini akan memberi sejuta satu rahmat

dalam hidup kita semua.

Amin!~

 

~aleya aneesa~


Posted at 9:10 am by aleya aneesa
Comments (3)  

Thursday, December 21, 2006
~Aku dan Majlis Kahwin Adikku~

Hujan... di KL hujan, Melaka hujan, Pahang hujan, N9 hujan dan Johorlah negeri paling teruk sekali. Itulah yg aku tengok selama 5 hari duduk di kampung. Malah, masa bertolak ke KL pada hari Selasa pun, hujan masih juga tak henti-henti, tanda-tanda nak berhenti pun macam x ada. Aku nampak jelas air yang dah mula menenggelami beberapa kawasan. Pasti penduduk Kampung Laut sekarang ni sedang berkampung di Dewan MPJBT seperti biasa bila air mula naik. Kesian... tapi siapa sebenarnya yang nak dipersalahkan? Masa aku kerja di situ, macam2 cerita aku dengar tentang Kampung Laut. Entahlah... Tapi syukurlah, kampung aku tetap juga seperti biasa walaupun dekat dengan laut.

 

            Em... majlis kahwin adik aku pun berlangsung dalam keadaan hujan yang cukup lebat. Tapi alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar. Rancangan yang diatur semuanya beres walaupun lencun juga baju aku masa keluar dari kereta nak ke rumah pihak perempuan. Salah aku sebab tertinggal payung walaupun dah diingatkan banyak kali.

 

Memang kelakar bila kenang2kan majlis adik aku tu, yelah... adik aku yang patutnya diarak dengan kompang sudahnya diarak dengan air hujan. Budak2 kompang hilang entah ke mana. Jenuh kteorg tunggu tp langsung x nampak batang hidung. Mungkin mereka berbungkus dalam selimut, maklumlah hujanlah katakan. Budak yang pegang bunga manggar pula berjalan di kiri dan kanan kereta abang aku, dipandu dalam keadaan yg paling perlahan. Aku yg ada dalam kereta kak long, belakang kereta abang aku 2 ketawa mcm nak rak. Kesian pun ada gak, tapi dah x ada pilihan lain lagi rasanya, mujur masa 2 hujan dah reda sikit. Dan, rasanya aku tak pernah lagi tengok keadaan macam ni. Memang satu pengalaman yang manis walaupun ada jugalah rasa macam  x selesa. Apa pun yang penting semuanya dah selesai, aku dah dapat pun adik ipar dan keluarga aku dah bertambah lagi. Sedih pula Isnin, malam selasa masa berbual dengan mak, abang ngan dan adik bongsu aku. Bila adik bongsu aku cakap,

 

"Rumah kita dah sunyi. Makin lama rumah kita makan kurang orang kan? Semuanya dah ada keluarga masing-masing. Kak Tam pun esok nak balik KL dah."

"Asalnya cuma ada mak dan abah. Akhirnya nanti kalau panjang umur, tinggal berdua juga," kata mak.

"Temankan mak ngn abah, dik... duduk kat rumah ni terus."

 

Itu aje yang boleh aku cakap. Kata-kata mak 2 memang betul. Kadang-kadang masa dan usia membuatkan keadaan jadi berubah. Apa pun, aku harap kasih sayang kami adik-beradik x akan kurang walau masa, usia dan keadaan berubah sekalipun. Orang lain pun harapnya begitu juga. Sekian.

 

~aleya aneesa~


Posted at 3:31 pm by aleya aneesa
Make a comment  

Wednesday, December 13, 2006
~Aku dan Kisahku~

Selamat Hari Rabu kepada semua yang ada di muka bumi ini. Semoga hari2 yg dilalui penuh dengan keceriaan. Dah lama x menulis di sini, sampai aku pun tak tahu apa yg nak ditulis walaupun ada benda2 menarik yg berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Sebenarnya hati nak menulis dan berkongsi cerita dengan orang lain tapi tangan malas nak menekan keyboard, aduh... malasnya aku kan?

 

            CINTA..., malam Sabtu ari 2 aku pergi menonton filem ni bersama Shanika dan Suzi, kawan Shanika dan kini sudah pun menjadi kawanku. Pertama kali dalam sejarah hidupku, duduk di seat paling depan sekali sebab tiket itu aje yang ada. Sakit juga kepala aku mendongak tapi sebab cerita yang menarik aku rasa berbaloi jugalah aku mendongak-dongak begitu. Tapi... hari ini, esok atau sampai bila-bila, kalau ada yg mengajak aku tengok filem 2 sekali lagi, aku akan katakan TIDAK, cukuplah hanya sekali tu saja. Kenapa? Tak ada apa-apa, cuma aku x nak saja. 

 

            Hem... semalam bahagian aku dapat seorang pekerja baru. Tapi bukan pekerja baru sebenarnya, dia dah lama kerja di DBP Brunei. Sekarang ni dia cuma praktikal di bahagian aku sampai hujung bulan ni. Kteorang panggil dia HAJAH dan dia murah sekali dengan senyuman. Teringat aku dulu pun mcm tu juga masa baru2 masuk sini. Orang tanya sepatah, aku balas sepatah, orang tanya sepuluh patah pula, dua patah aje yang aku jawab. Tapi sekarang? Huh... suara aku saja, buat lawak bodoh memanjang, pantang kalau aku bosan dan mengantuk. Semua dah faham, diaorg pun dah tahu yg ari ni aku nak balik awal sebab nak jumpa dengan Bikash dan Kak Norafishah. Ada hal yang perlu diuruskan. So, aku berhenti di sini dulu, jika ada umur kita akan bertemu lagi. Assalamualaikum...

 

~aleya aneesa~


Posted at 8:04 am by aleya aneesa
Comment (1)  

Thursday, December 07, 2006
~Mari Menyanyi 7~

~Senyum~

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Posted at 8:52 am by aleya aneesa
Comments (7)  

Tuesday, November 28, 2006
~Aku dan Shanika~

Senyum sendiri aku bila mengingatkan apa yang terjadi hari Ahad. Apa taknya, Shanika ajak aku buat sesuatu yang aku tak pernah buat dan x pernah terfikir nak buat selama aku hidup kat dunia ni. Tapi memang itulah yang berlaku masa hari tu. Tapi bila dah buat benda tu aku rasa seronok sangat, satu pengalaman yang begitu berharga untuk aku dan akan akan kenang sampai bila-bila. Teme kaseh banyak-banyak kat kau, Ika...

 

            Sebenarnya dua hari lepas Shanika ajak aku pergi Sepang International Circuit, tengok A1GP. Itulah yang aku dan dia buat semalam, tak cukup dengan itu, balik sambung pulak pergi shopping. Hem... sehari suntuk yang sangat meletihkan tapi cukup menyeronokkan untuk aku. Pengalaman macam ni bukan senang nak dapat.

 

            Mulanya aku rasa pelik juga masa dia ajak sebab aku mana minat benda2 mcm 2, kat TV aku jarang tengok apalagi live mcm tu, tapi kenangkan dah banyak kali benar ajakkan dia aku tolak, jadi aku pun setuju juga. Tapi x adalah aku rasa macam kena paksa, aku buat dengan rela hati. Duduk2 di rumah pun belum tentu lagi aku mengarang novel baru. Sebetulnya aku dan dia sama2 tak tau jalan nak ke Sepang tu, kami main redah aje dan sempatlah patah balik sekali. Tapi akhirnya, alhamdulillah... sebelum A1GP start kami dah ada. Sempatlah tengok diaorg bertungkus-lumus tukar tayar sebab masa tu hujan lebat sangat, tayar yg sedia ada tak sesuai digunakan dalam keadaan jalan yang licin. Masa perlumbaan dimulakan, aku dan Shanika senyum sebab Malayisa dapat number 4, tp lama-lama no 4 tu jadi 5, 6, dan akhir sekali 10. Kecewa sekejap, tp masa tinggal beberapa pusingan Alex dapat potong satu pelumba yg aku tak tau jelas daripada mana. Jadi dapatlah number 9. Em... kira okeylah tu sebab kira masih dalam top 10lah tu kan? Harap2 kalau ada peluang aku dapat pergi lagi sebab seronok sangat walaupun telinga aku rasa macam nak pekak. Dan Shanika... kalau kau dapat tiket free, jangan lupa ajak aku lagi tau. Keylah... cabut dulu, assalamualaikum...

 

~aleya aneesa~


Posted at 7:36 am by aleya aneesa
Comments (2)  

Tuesday, November 21, 2006
Aku dan kawanku 5 orang

Janji... ya, janji sering kali membuatkan kita rasa terikat. Mungkin ini jugalah sebabnya aku sanggup terkejar-kejar dari JB ke Kuala Kangsar, KL ke Parit Buntar dan dari KL ke Pulau Pinang walaupun sorang diri. Tapi, janji tetap janji. Dan aku berpegang pada janji yang aku dan 5 orang lagi kawan buat semasa di universiti 3 tahun lalu. Bertolak dari KL ke Pulau Pinang pukul 11 malam, hari Jumaat dan sampai semula ke KL pada pukul 1.30 ptg, hari Ahad. Huh... satu jangka masa yang agak singkat. Letih betul-betul terasa walaupun bukan aku yang memandu bas.  Apalagi, hari Isnin aku perlu pergi kerja macam biasa.

 

            Tapi walaupun singkat sangat masa yang ada, aku tetap bersyukur. Aku pergunakan masa itu dengan sebaik-baiknya untuk bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Bukannya selalu aku dan kawan2ku dapat berkumpul macam tu. Setahun sekali pun jarang, lepas ni pun aku tahu masa yang kami ada semakin terhad. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Tapi aku tahu kami tak mungkin akan saling melupakan.

 

Sesekali mengusik, sesekali ketawa, sesekali senyum dan sempat pula mengintai masa2 ketika belajar dulu. Macam mana aku dan Wanie pernah berselisih hingga bertukar-tukar surat kerana masing2 malu meluah kata gara2 kamera, Aniem dan Wanie yang begitu baik tapi ada masa2nya bermasam muka, Yatie yang lebih banyak ketawa dari bersuara, Fiza dan Siti yang lebih banyak menghabiskan masa di bilik kami, main sampan di tasik yang kami tahu dilarang sama sekali, aksi berani kami memanjat pagar Bukti Ekspo sebab malas nak jalan jauh, kononnya dah letih joging, tapi tak nampak budak2 lelaki bersidai di koridor kolej dan kemudian makan berpinggan-pinggan nasi goreng dengan alasan letih joging. Padahal masing-masing merungut badan dah naik. Kelakar... tak kering gusi aku bila kenangan itu kembali diungkit. Dan... aku gembira dengan keadaan itu. Rupa-rupanya bukan hanya aku yang rindukan bilik 309 yang menjadi rumah kami selama 3 tahun itu. Aniem, Wanie, Yatie, Fiza dan Siti juga begitu. Tapi yang paling membuatkan aku senang, kemesraan dan persahabatan kami masih kekal macam dulu. Langsung tak ada cacat di mana2. Masih lagi gila-gila walaupun ada yang dah bergelar isteri orang. Ah... kawan, aku harap hendaknya biarlah persahabatan kita kekal sampai hujung nyawa. Dan, Wanie... macam mana kita boleh beli sandal yang sama? Ada kupu2 lagi kat sandal tu, hahaha...

 

~aleya aneesa~


Posted at 2:37 pm by aleya aneesa
Make a comment  

Thursday, November 16, 2006
~Aku dan Ceritaku~

‘Tiga… lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah…

 

Ayah… menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa…’

 

Itulah antara baik-bait lirik yang terdapat dalam lagu nyanyian Aris Ariwatan. Lirik yang selalu aku dengar suatu ketika dulu. Kenapa aku memilih ayah? Kenapa aku tidak memilih ibu kerana dalam lirik lagu ini juga terdapat ungkapan yang ditujukan khas buat ibu. Senang, mudah alasanku, kerana ibu istimewa dalam jati dirinya yang tersendiri. Sesiapa pun tidak mungkin akan menyangkal kalau ibu itu adalah segala-galanya di dunia ini. Ibu mampu menjaga sepuluh orang anak dalam satu masa. Sedangkan sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dalam masa yang berbeza. Terukkan kita sebagai seorang anak? Sering saja terlupa di mana tempat kita berpijak selama ini. Mudah saja mendabik dada bila kejayaan erat di genggaman.

 

Dan ayah, abah, papa, daddy atau apa sekalipun panggilan seorang anak untuk ayahnya. Golongan ini selalu jatuh ke tangga kedua selepas ibu. Tapi meski duduk di tangga kedua, ayah juga tak kurang hebat fungsinya. Hanya jarang benar orang mahu memperkatakan soal ayah. Entah sebab apa sukar untuk dijelaskan. Mungkin kerana seorang ayah tidak atau jarang sekali memperlihatkan perasaannya pada seorang anak. Tapi, sebenarnya jauh di sudut hati kecil mereka, tersimpan selaut kasih buat seorang anak yang kadang-kala sukar untuk memahami hati seorang tua bernama ayah. Bila dimarahi atau ditegur, cepat saja membuat andaian kalau ayah tindak pernah menyayangi mereka. Sudah benci barangkali.

 

Tapi… pernahkah terfikir di benak kita, kalau teguran yang diberikan bertujuan untuk mendidik, mengajar atau memberi pemahaman. Hanya caranya tidak sama dengan seorang ibu yang lebih lembut. Namun itu juga bukan salah ayah, memang fitrah kejadian seorang lelaki, harus tegas dan selalu tahu mengawal emosi dalam apa keadaan sekalipun hingga kadang-kala seorang anak silap mentafsir diri dan hati mereka.

 

Mengapa aku berkata begitu? Kerana aku pernah melihat pengalaman itu dengan mataku sendiri. Seorang ayah yang pendiam dan amat jarang bercakap. Malah tidak pernah bercakap dengan anak lelakinya sejak anak itu meningkat dewasa. Tidak ada sebab, apalagi kemarahan dan dendam tetapi memang mereka berdua begitu. Baik ayah mahu pun si anak tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Bila mereka duduk berdua, masing-masing kaku dan beku tapi anak itu masih boleh menolong ayahnya bekerja. Keluarga itu sudah lali dengan keadaan yang berlaku. Mereka terima itu sebagai kekurangan ayah mereka yang tidak begitu pandai berkomunikasi dengan anak-anak. Malah dengan atuk mereka pun ayah mereka tidak bersuara.

 

Tapi jauh di sudut hati, mereka sedar ayah mereka terlalu menyayangi anak-anaknya. Hanya tidak tahu bagaimana mahu meluahkannya. Buktinya, ayah yang tidak pernah berkomunikasi dengan anak lelakinya itu menitiskan air mata lelakinya hanya kerana anak itu. Ada kejadian ngeri yang berlaku dalam keluarga mereka dan itu melibatkan si anak tadi. Pertama kali dalam sejarah hidup, ayah itu memeluk anak lelakinya erat-erat demi memberikan semangat pada anaknya supaya tidak rebah, pun suaranya tidak sedikit pun terkeluar. Hanya ada tangisan tersedu-sedu di bibir kering itu. Dan anak itu, dia tahu… dia akur… memang ayahnya begitu. Tapi dia sudah lama tahu, ayahnya rela berbuat apa saja deminya. Mengorbankan nyawa pun dia tahu ayahnya sanggup. Tak perlu suara, tak perlu kata dia dapat menyelami hati tua itu.

 

Nah… kita yang saban hari berbual dan bercakap dengan ayah kita. Sedarkah kita akan kehadiran kasih sayang ayah kita? Dan kasih sayang, perlukah diucapkan supaya kita sedar akan kehadirannya? Atau hanya dengan mempamerkan emosi dan perbuatan itu sudah memadai untuk kita mengerti? Jawapannya ada pada kita sebagai seorang anak…

 

~aleya aneesa~


Posted at 1:08 pm by aleya aneesa
Comments (3)  

Wednesday, November 15, 2006
~Aku dan Muhammad Fitri~

11 November 2006... hem, aku dapat sorg lagi anak buah. Muhammad Fitri, 2 la nama yang mak cik aku nak sangat letak. Katanya, bulan raya masih ada lagi ni. So sepupu aku dan husband dia pun layan ajelah apa yang mak dia nak sangat. Hajat orang tua, tak baik kalau dihampakan. Simple nama tu dan dah ramai orang ada nama macam 2. Tapi tak kisahlah sebab semuanya dah selamat walaupun Fitri lahir tak cukup bulan, tercepat sebulan dari tarikh sebenar.   

 

            Aku pun dah tengok baby 2 sebelum balik KL hari Isnin hari tu. Cute! Muka sebiji macam mak dia tapi masa 2 dia tidur. Jadi... tak dapatlah aku tengok warna mata dia. Hitam atau coklat? Kalau coklat, huh... memang anak mak sebab 2 la warna mata sepupu aku. Tapi kalau hitam mesti ikut ayah dia. Lagipun aku cuma sempat tengok dia 10 minit aje sebab aku kena balik KL masa tu juga, tiket bas pukul 2.30 petang. Itu pun hampir-hampir aku kena tinggal dgn bas. Driver siap cakap kat aku, kalau aku lambat lagi dua minit aku kenalah naik bas lain. Aku yang tak kuasa nak layan, diam ajelah walaupun aku boleh kata, ada 5 minit lagi. Tapi... tak payahlah nak besar2kan cerita, tak ada siapa yang untung. Aku pun bukannya ada mood sangat masa tu.

 

Cumanya aku pelik, masa dari KL nak balik ke JB, lebih setengah jam tunggu baru bas jalan, x ada pulak org yg bising2. Tak adil sungguh. Tapi nak buat macam mana kan? Dunia memanglah macam ni, kenalah  terima. Cukuplah dulu, tak tahu nak tulis apa lagi. Kalau ada cerita menarik nanti insya-Allah sambung lagi. Sekian... assalamualaikum...

 

~aleya aneesa~


Posted at 11:24 am by aleya aneesa
Make a comment  

Friday, November 10, 2006
~Aku Yang Terlewat~

Jerih rasanya aku nak menulis kali ni, tapi aku kena juga menulis demi meluahkan apa yg terbuku di hati. Bukan untuk tatapan sesiapa, bukan juga untuk ditujukan kepada sesiapa atau apa kerana insan yg  sepatutnya menerima coretan ini telah kembali ke rahmatullah. Dia langsung tak sempat mengetahui apa yang tersimpan di hati kecil ini, yang ingin sekali kuceritakan padanya sejak sekian lama, tapi tak pernah berpeluang. Sepertinya masa dan keadaan tidak pernah mengizinkan peluang itu untukku. Atau sebetulnya aku sekali lagi menjadi insan yang terlewat.

 

            'Sekali kita melepaskan peluang yang ada, kita tidak akan dapat peluang yang sama sekali lagi kerana peluang selalunya tidak akan datang berkali-kali'.

 

            Nah... inilah yang berlaku padaku hari ini. Sungguh aku benar-benar tak menyangka, dia rupanya sudah dijemput pulang. Sedangkan aku jerih membilang hari dan masa, menanti khabar darinya yang tak pernah kunjung tiba. Hingga Syawal menjelma pun dia tetap hilang, secebis ucapan pun tak pernah dikirim untukku. Akhirnya, aku pasrah. Mungkin aku benar-benar telah hilang dari hati dan ingatannya.

 

            Tapi dua hari lalu... lain kuharapkan, lain yang DIA tentukan. Khabar duka yang aku terima, rupanya dia bukan sudah melupakanku, tapi dia takkan pernah mengingatiku lagi. 24 September 2006 bersamaan 1 Ramadan 1427 H, tarikh perhentian untuknya tapi tarikh tragis untukku. Sebulan lebih dia pergi, tapi aku tak pernah tahu. Teringat pada sebatang pen berukir namanya dan sehelai t-shirt yg kusimpan untuknya. Hati selalu tertanya-tanya, bila dapat kuserahkan padanya, kini pertanyaanku terjawab sudah, sampai bila2 ia akan kekal dalam simpananku.

 

            Mungkin ini suratan dari-NYA, siapa aku mahu mencabar takdir. Hanya aku teringat,

 

"Saya ucapkan Selamat Hari Lahir untuk tahun ni dan tahun-tahun selepas ini, untuk seumur hidup awak. Mana tau lepas ni saya tak ada peluang nak ucapkan lagi."

 

"Saya akan terus meminati karya awak dari jauh."

 

"Saya mesti jumpa awak hari ni, lepas ni tak tau bila boleh jumpa awak lagi."

 

TUHAN... dia seolah-olah sudah tahu kalau hayatnya sudah semakin sampai ke penghujung. Aku pula, hanya mampu tersenyum ketika itu. Dan kini, aku tahu aku tak mampu tersenyum dengan kejutan ini. Itu mmg pertemuan terakhir sedangkan ada banyak benda yang belum terjawab, ada banyak benda yang perlu dijelaskan. Tapi aku reda dan pasrah. ALLAH lebih menyayanginya berbanding aku. Dan aku berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat dan dia akan ditempatkan dalam kalangan mereka-mereka yang beriman. Amin!

 

~aleya aneesa~


Posted at 4:29 pm by aleya aneesa
Comments (11)  

Thursday, November 09, 2006
~Akhir Sebuah Mimpi~

Di sini

Telah kunukilkan pelbagai cerita

Tentang aku

Tentang dia

Juga tentang masa yang sepertinya tidak merestui

 

Dia...

Dia kuibaratkan pelbagai rupa

Mawar putih yang kedinginan

Pelangi indah yang bermusim

Si Mata Sepet yang sering mencuit nurani

 

Aku...

Aku terus juga menanti

Menunggu dengan segugus mimpi

Rupanya hanya mendakap bayang

Dia sudah membawa pergi segala

Dan persoalan itu

Takkan terlerai hingga hujung nyawa

 

Di sana...

Dia sudah bersemadi dengan aman

Janji ALLAH untuknya sudah sampai

Di 1 Ramadan 1427 H penuh tragis

Dia meninggalkanku walang sendiri

Meratapi dia yang tak mungkin kembali lagi

Tapi esok mendatang, aku ingin jadi insan tabah

Pasrah dengan ujian dari-NYA

Walau terkadang aku kilaf

Namun doaku takkan putus untuknya

Moga dia hadir di antara yang beriman

 

~aleya aneesa, 8 November 2006~


Posted at 8:29 am by aleya aneesa
Comment (1)  

Previous Page Next Page