2007 (6) « aleyaaneesa_marwati





~~ yoha ~~

aleyaaneesa@yahoo.com.my


~~Novel~~






**Semut Emas**




<< March 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


~Jom Tengok!~




~Kawan Penulis~

damyahanna
anisayuni
bikashnuridris
hasreeyati
ayuemelda
myaisyasofea
eymanhykal
norzailina

~~Sinopsis~~

~Kasih Antara Kita~

"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Dan... benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya."

~Semusim Rindu~

"Benarlah… perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi... sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah."

~Untukmu Sayang~

"Cinta itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan... cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita."

~Atirah~

"Dia hanyalah seorang kanak-kanak polos yang mengharapkan kasih sayang. Tapi... kasih yang diharapkan jauh tercicir sedangkan dia tidak pernah diberi kesempatan untuk tahu apa kesilapannya"


~Renungan Bersama~


“Bila ALLAH mendatangkan ujian pada kita, itu tandanya DIA sayang pada kita. Mahu melihat sejauh mana kekuatan kita dalam menempuhi ujian-NYA. Bersabar dan berusaha! Semuanya akan berakhir suatu hari nanti.”

“Andainya rintangan menghalangi jalananmu, jangan pernah berpaling.Tapi kerlinglah di kiri kanan, kau akan lihat sejalur cahaya. Mungkin terang, mungkin samar. Jika samar, jgn mengalah, cuba kau cari erti kesamaran itu. Dan, kau akan temui satu hakikat. Detik kejayaan kian hampir!”

“Masa pasti berlalu bersama cerita semalam. Tapi ada kenangan yang kekal dalam lipatan sejarah. Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita. Semalam sudah terlalu jauh ditinggalkan, sedang hari ini dan esok masih tiada kepastian. Terlalu misteri! Jadi berusahalah untuk bangkit kembali. Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri. Bukan orang lain apatah lagi kenangan lalu. Lepaskan kenangan itu jika hanya menambah lara di hati. Detik malang tentu tidak selamanya akan kekal.”

“Jika memang niat kita ikhlas ALLAH pasti beri jalan.”

“Hakikat hidup ini tidak semudah yang kita kira. Tapi mengalah dan mengambil jalan singkat bukanlah kesudahan yang baik.”


~Jom~





~MUTIARA KATA~


~Tidak akan ada langit dalam rimba kehidupanmu kecuali kamu menjadi pohon besar~
-Keris Mas-

~"Biar orang lain jaga akal,
jaga nafsu dan jaga perut. Kita di sini hanya jaga hati
kerana dengan jaga hati, yang lain dengan sendirinya terjaga;
baik perut, baik akal, baik nafsu."
~
-Shahnon Ahmad-

~Wanita adalah paduan dan penyatuan
dari sifat alam dan kehidupan,
laksana matari yang memancar,
laksana bulan yang bersinar,
seperti angin yang bertiup,
ibarat air yang lembut yang menyegarkan
tapi juga menenggelamkan~
-Usman Awang-

~Cinta itu satu duka dan bahagia
yang tak terurai,
"satu penerimaan dan penolakan yang ganjil".
~
-A. Samad Said-


~KAU ILHAMKU~




Hit Counter



Sheila on 7 - Berh...



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Thursday, March 01, 2007
2007 (6)

~Kak Zara Juita taggedla pula...~

Hem… nak ketawa pun ada rasanya masa melawat blog Kak Zara Juita (ZJ) hari 2, ingatkan nak dapat hadiah ke. Rupa-rupanya nak ajak main game dan aku pun mmg suka sangat la main game. Tapi… game macam ni, rasanya nilah yang pertama kali. Apa pun okey gaklah. Inilah ttg kte Kak Zara…

~ Dah ada orang yang sampai ke bulan tapi kte sampai sekarang ni tak pernah pergi ke negeri2 Pantai Timur walaupun hati dah lama teringin nak ke sana. Dan, dah banyak kali plan nak pergi tapi tiap kali tu juga ada saja halangannya.  Mungkin satu hari nanti kot. Teringin sangat nak pergi ke Pulau Perhentian. Tapi... sape nak ajak kte ek? Hehe bukannya jauh mana pun...

~Tak punya impian yang besar macam orang lain, cuma nak bukak kedai kek walaupun cuma tau buat satu jenis kek aje dan nak belajar main biola. Ni pun tak tahu bila akan jadi kenyataan. Tapi angan2 2 tetap ada. Barangan tak salah kan Kak Zara?

~Suka cuci mata tapi tak suka keluar hujung minggu, sayang sangat dengan cuti yang hanya 2 hari 2 dan rasa tak puas cuti  kalau dah keluar. Tapi ada juga keluar sebab terpaksa atau tak sampai hati bila kawan2 dah ajak. Masalahnya, kalau bukan hari cuti bila lagilah ada hari nak pergi cuci mata atau jalan2?

~Sukakan dua perkara sama banyak. Tido dan baca novel. Tapi bila dah baca novel memang susah nak lepas. Masa 2 tido pun sudah jatuh di tangga ke dua. Dan yang paling baru, baca novel mula pukul 10.00 malam dan habis pukul 10.30 pagi. Mak pandang dengan kepala tergeleng-geleng. Bila nak berubah? Senyum ajelah jawabnya...

~Tak pernah ada orang yang boleh baca hasil tulisan kte (cerpen @ novel) sebelum diterbitkan termasuk mak yang selalu temankan kte tiap kali kte menulis (masa dok JB). Sebabnya kte malu sebenarnya sedangkan kadangkala bagi orang lain baca dulukan sesuatu yang bagus. Tapi kte mmgla tak boleh jadi macam tu.

~Kalau orang makan nasi, kte pulak pernah makan duit syiling 20 sen masa umur 8 tahun. Tujuan kte nak menyakat sepupu kesayangan kte. Tapi... tak sedar duit 2 terlepas ke tekak. Bila sepupu kte tepuk2 belakang dengan harapan duit 2 keluar balik, kte dengan muka cuak cakap 'dah lepas'. Bila sampai kat rumah kte jadi takut nak cakap ngn mak. Yang kte tau masa 2 kte minum air bergelas-gelas.

2 ajelah agaknya yang pelik yang ada pada kte, Kak Zara. Okey ke tak ni Kak Zara? Kira okeyla ye? Hehe... La ni nak panjangkan game ni kepada kawan2 yang lain. Antara mereka yang bertuah...

~ Kak Aida Adriani

~ Kak Fishah

~ Huda

~ Kak Azie

~ Umi Azrini

~ Kak Ija

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end,you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog.

Sekian, babai...

~aleya aneesa~


Posted at 3:07 pm by aleya aneesa

aziemin
March 5, 2007   09:24 AM PST
 
em..tu aje ke yg pelik ttg diri awk ni? tp kte rasa ada 1001 lg yg pelik ada pd diri awk, tau.. Yg 2 biar kte je yg tau..hehe..
seriaadriani
March 1, 2007   08:07 PM PST
 
nk tulis kat tboard tu tapi dia tak bagi.. hehhee... naper ekk?

tag akak ke? tunggu ekk.. klu ada masa nnt akak tuliskan.:D
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry