2007 (1) « aleyaaneesa_marwati





~~ yoha ~~

aleyaaneesa@yahoo.com.my


~~Novel~~






**Semut Emas**




<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


~Jom Tengok!~




~Kawan Penulis~

damyahanna
anisayuni
bikashnuridris
hasreeyati
ayuemelda
myaisyasofea
eymanhykal
norzailina

~~Sinopsis~~

~Kasih Antara Kita~

"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Dan... benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya."

~Semusim Rindu~

"Benarlah… perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi... sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah."

~Untukmu Sayang~

"Cinta itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan... cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita."

~Atirah~

"Dia hanyalah seorang kanak-kanak polos yang mengharapkan kasih sayang. Tapi... kasih yang diharapkan jauh tercicir sedangkan dia tidak pernah diberi kesempatan untuk tahu apa kesilapannya"


~Renungan Bersama~


“Bila ALLAH mendatangkan ujian pada kita, itu tandanya DIA sayang pada kita. Mahu melihat sejauh mana kekuatan kita dalam menempuhi ujian-NYA. Bersabar dan berusaha! Semuanya akan berakhir suatu hari nanti.”

“Andainya rintangan menghalangi jalananmu, jangan pernah berpaling.Tapi kerlinglah di kiri kanan, kau akan lihat sejalur cahaya. Mungkin terang, mungkin samar. Jika samar, jgn mengalah, cuba kau cari erti kesamaran itu. Dan, kau akan temui satu hakikat. Detik kejayaan kian hampir!”

“Masa pasti berlalu bersama cerita semalam. Tapi ada kenangan yang kekal dalam lipatan sejarah. Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita. Semalam sudah terlalu jauh ditinggalkan, sedang hari ini dan esok masih tiada kepastian. Terlalu misteri! Jadi berusahalah untuk bangkit kembali. Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri. Bukan orang lain apatah lagi kenangan lalu. Lepaskan kenangan itu jika hanya menambah lara di hati. Detik malang tentu tidak selamanya akan kekal.”

“Jika memang niat kita ikhlas ALLAH pasti beri jalan.”

“Hakikat hidup ini tidak semudah yang kita kira. Tapi mengalah dan mengambil jalan singkat bukanlah kesudahan yang baik.”


~Jom~





~MUTIARA KATA~


~Tidak akan ada langit dalam rimba kehidupanmu kecuali kamu menjadi pohon besar~
-Keris Mas-

~"Biar orang lain jaga akal,
jaga nafsu dan jaga perut. Kita di sini hanya jaga hati
kerana dengan jaga hati, yang lain dengan sendirinya terjaga;
baik perut, baik akal, baik nafsu."
~
-Shahnon Ahmad-

~Wanita adalah paduan dan penyatuan
dari sifat alam dan kehidupan,
laksana matari yang memancar,
laksana bulan yang bersinar,
seperti angin yang bertiup,
ibarat air yang lembut yang menyegarkan
tapi juga menenggelamkan~
-Usman Awang-

~Cinta itu satu duka dan bahagia
yang tak terurai,
"satu penerimaan dan penolakan yang ganjil".
~
-A. Samad Said-


~KAU ILHAMKU~




Hit Counter



Sheila on 7 - Berh...



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Tuesday, January 09, 2007
2007 (1)

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU (2007) kepada semua yang ada di dunia ini. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Dan semoga azam tahun lepas yang tak tercapai akan dapat dicapai pada tahun ini. Kalau pun tak tercapai juga masih boleh dibawa ke tahun hadapan atau tahun-tahun yang akan datang, kalau panjang umur. X kiralah berapa banyak masa yang perlu diambil, pentingnya azam tu mesti tercapai.

 

            Hem... dah lama juga aku tinggalkan rumah ni, rasa rindu pulak nak menconteng tapi tak tahu apa yang nak diconteng. Macam tak ada benda menarik yang dah aku alami sejak akhir-akhir ni sebab hari-hari pun aku hanya menjalani rutin yang sama. Pergi kerja, balik kerja, tido dan kemudian esoknya bangun, masih juga melakukan rutin itu. Pendek kata, sebelum tutup mata, itu2 jugalah yang aku akan lakukan. Orang lain pun rasanya macam 2 jugakan, hehe... Tapi itu kira okey jugalah sebab adalah juga benda yang nak dibuat daripada duduk goyang2 kaki sampai lenguh.

 

            Apa yg nak ditulis ye? Habis idealah nampaknya aku ni. Okeylah aku stop sampai setakat ni dulu. Tapi aku nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang sudi datang ke rumah aku ni walaupun tuan dia makin jarang2 balik rumah sekarang ni. Entah ke manalah dia tu merayap ek? Apa pun, buat semua, sabar... tunggu .. pada tahun baru ni ada yang baru bakal muncul, cuma mungkin lambat sikit dan x terlalu cepat. Apa dia ek? Em, bulan 12 hari 2, aku diberitahu manuskrip terbaruku sudah siap dinilai. Alhamdulillah... sesuai untuk diterbitkan. So, aku harap ini berita gembira yang boleh aku kongsi dengan kawan2 di luar sana. Sekian... assalamualaikum...

 

~aleya aneesa~ 

 


Posted at 12:25 pm by aleya aneesa

mersik
January 12, 2007   12:00 PM PST
 
Selamat thn baru 2007. Semoga lebih ceria dan interaktif selalu..hik hik.. hik
aziemin
January 11, 2007   10:08 PM PST
 
TAHNIAH, Sis!! Tahniah..tahniah..tahniah!!
Errk, sori..excited la pulak.
Klu boleh kn, esok gak kte nk gi cari kt kedai.
Anyway..Wish U Good Luck! Muaahhhh...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry