 |
~Jom Tengok!~
~Kawan Penulis~
damyahannaanisayunibikashnuridrishasreeyatiayuemeldamyaisyasofea eymanhykal norzailina
~~Sinopsis~~
~Kasih Antara Kita~
"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Dan... benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya."
~Semusim Rindu~
"Benarlah… perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi... sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah." ~Untukmu Sayang~
"Cinta itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan... cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita."
~Atirah~
"Dia hanyalah seorang kanak-kanak polos yang mengharapkan kasih sayang. Tapi... kasih yang diharapkan jauh tercicir sedangkan dia tidak pernah diberi kesempatan untuk tahu apa kesilapannya"
~Renungan Bersama~
“Bila ALLAH mendatangkan ujian pada kita, itu tandanya DIA sayang pada kita. Mahu melihat sejauh mana kekuatan kita dalam menempuhi ujian-NYA. Bersabar dan berusaha! Semuanya akan berakhir suatu hari nanti.” “Andainya rintangan menghalangi jalananmu, jangan pernah berpaling.Tapi kerlinglah di kiri kanan, kau akan lihat sejalur cahaya. Mungkin terang, mungkin samar. Jika samar, jgn mengalah, cuba kau cari erti kesamaran itu. Dan, kau akan temui satu hakikat. Detik kejayaan kian hampir!” “Masa pasti berlalu bersama cerita semalam. Tapi ada kenangan yang kekal dalam lipatan sejarah. Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita. Semalam sudah terlalu jauh ditinggalkan, sedang hari ini dan esok masih tiada kepastian. Terlalu misteri! Jadi berusahalah untuk bangkit kembali. Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri. Bukan orang lain apatah lagi kenangan lalu. Lepaskan kenangan itu jika hanya menambah lara di hati. Detik malang tentu tidak selamanya akan kekal.” “Jika memang niat kita ikhlas ALLAH pasti beri jalan.” “Hakikat hidup ini tidak semudah yang kita kira. Tapi mengalah dan mengambil jalan singkat bukanlah kesudahan yang baik.”
~Jom~
~MUTIARA KATA~ ~Tidak akan ada langit dalam rimba kehidupanmu kecuali kamu menjadi pohon besar~ -Keris Mas- ~"Biar orang lain jaga akal, jaga nafsu dan jaga perut. Kita di sini hanya jaga hati kerana dengan jaga hati, yang lain dengan sendirinya terjaga; baik perut, baik akal, baik nafsu."~ -Shahnon Ahmad- ~Wanita adalah paduan dan penyatuan dari sifat alam dan kehidupan, laksana matari yang memancar, laksana bulan yang bersinar, seperti angin yang bertiup, ibarat air yang lembut yang menyegarkan tapi juga menenggelamkan~ -Usman Awang- ~Cinta itu satu duka dan bahagia yang tak terurai, "satu penerimaan dan penolakan yang ganjil". ~ -A. Samad Said- ~KAU ILHAMKU~
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Friday, March 23, 2007
2007 (10) ~Sekadar Memaklumkan~
Salam buat semua. Sekadar ingin memaklumkan, kalau tuan rumah tak ada di sini. Dia mungkin ada di rumah lagi satu sebab sekarang ni dalam proses nak pindah rumah baru. Tapi dah boleh datang dah kalau sudi. Ni alamat umah baru, tak susah ke sana. Cuma klik di sini je (nak bawak air dan keropok2 pun dialu-alukan sama). http://aleya-aneesa.blogspot.com
Sekian...
Salam sayang,
~aleya aneesa~
Posted at 1:25 pm by aleya aneesa
Permalink
Tuesday, March 13, 2007
Dari pagi membaca pruf rasanya mata seperti dah naik juling. Berpinar-pinar. Jadi aku pun tolak ke tepi pruf 2. Nak rehat sekejap rasanya. Duduk2 depan pc ni aku jadi ingat sepucuk surat bersetem Kangar yang diforwardkan padaku oleh Alaf 21. Kecuali nama, tak ada apa yang ditinggalkan pada surat atau lebih tepat lagi sebuah cerpen berserta dengan puisi2. Mungkin pengirim 2 memang tak mahu dikenali. Tapi tak patut pulak rasanya kalau aku ignore aje surat 2, jadi aku tulislah apa2 yang patut kt sini sebagai tanda terima kasih. Mana tau suatu hari nanti dia terbuka blog ni dan terbaca.
Apa pun tak kisahlah siapa dia. Cuma yang aku tahu puisi-puisi yang ditulis itu sangat menarik. Ada banyak yang boleh dijadikan nasihat. Maklumlah... sejak akhir-akhir ni kaki aku ni asyik nak tersadung akar aje. Jadi mungkin ada puisi-puisi itu yang boleh aku jadikan bekal untuk terus meneroka indahnya bumi ALLAH.
Kepada pengirim surat itu, siapa pun dan di mana pun dia berada, aku hanya nak ucapkan terima kasih sebab mengabadikan namaku dalam nukilannya (Rasanya tak ada lagi orang yang buat macam 2 untuk aku, bangga juga rasanya... hehehe). Semoga dia akan selalu berada di bawah lindungan-NYA. Sekian...
~aleya aneesa~
Posted at 12:35 pm by aleya aneesa
Permalink
Wednesday, March 07, 2007
Menghabiskan cuti hujung minggu di Genting Highland baru-baru ni, aku rasa agak seronok juga walaupun masa yang ada agak singkat. Tapi daripada tak ada masa, baiklah digunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Itu pun dah cukup memadai. Lagipun, bukan senang nak pergi jalan-jalan tanpa perlu gunakan duit yang banyak sekarang ni kan? Dan... kalau tak masa ni entah bila lagi dapat pergi dan lepas ni pun tak tau bila lagi boleh pergi ke sana. Mungkin akan ada peluang pada suatu hari yang belum pasti, dan masa tu sampailah aku lagi sekali. Bila tu? Hem... biar masa saja yang menetukan bila harinya akan tiba. Sekarang ni aku hanya perlu simpan kenangan manis yang ada elok-elok.


~aleya aneesa~
Posted at 2:47 pm by aleya aneesa
Permalink
Thursday, March 01, 2007
~Kak Zara Juita taggedla pula...~
Hem… nak ketawa pun ada rasanya masa melawat blog Kak Zara Juita (ZJ) hari 2, ingatkan nak dapat hadiah ke. Rupa-rupanya nak ajak main game dan aku pun mmg suka sangat la main game. Tapi… game macam ni, rasanya nilah yang pertama kali. Apa pun okey gaklah. Inilah ttg kte Kak Zara…
~ Dah ada orang yang sampai ke bulan tapi kte sampai sekarang ni tak pernah pergi ke negeri2 Pantai Timur walaupun hati dah lama teringin nak ke sana. Dan, dah banyak kali plan nak pergi tapi tiap kali tu juga ada saja halangannya. Mungkin satu hari nanti kot. Teringin sangat nak pergi ke Pulau Perhentian. Tapi... sape nak ajak kte ek? Hehe bukannya jauh mana pun...
~Tak punya impian yang besar macam orang lain, cuma nak bukak kedai kek walaupun cuma tau buat satu jenis kek aje dan nak belajar main biola. Ni pun tak tahu bila akan jadi kenyataan. Tapi angan2 2 tetap ada. Barangan tak salah kan Kak Zara?
~Suka cuci mata tapi tak suka keluar hujung minggu, sayang sangat dengan cuti yang hanya 2 hari 2 dan rasa tak puas cuti kalau dah keluar. Tapi ada juga keluar sebab terpaksa atau tak sampai hati bila kawan2 dah ajak. Masalahnya, kalau bukan hari cuti bila lagilah ada hari nak pergi cuci mata atau jalan2?
~Sukakan dua perkara sama banyak. Tido dan baca novel. Tapi bila dah baca novel memang susah nak lepas. Masa 2 tido pun sudah jatuh di tangga ke dua. Dan yang paling baru, baca novel mula pukul 10.00 malam dan habis pukul 10.30 pagi. Mak pandang dengan kepala tergeleng-geleng. Bila nak berubah? Senyum ajelah jawabnya...
~Tak pernah ada orang yang boleh baca hasil tulisan kte (cerpen @ novel) sebelum diterbitkan termasuk mak yang selalu temankan kte tiap kali kte menulis (masa dok JB). Sebabnya kte malu sebenarnya sedangkan kadangkala bagi orang lain baca dulukan sesuatu yang bagus. Tapi kte mmgla tak boleh jadi macam tu.
~Kalau orang makan nasi, kte pulak pernah makan duit syiling 20 sen masa umur 8 tahun. Tujuan kte nak menyakat sepupu kesayangan kte. Tapi... tak sedar duit 2 terlepas ke tekak. Bila sepupu kte tepuk2 belakang dengan harapan duit 2 keluar balik, kte dengan muka cuak cakap 'dah lepas'. Bila sampai kat rumah kte jadi takut nak cakap ngn mak. Yang kte tau masa 2 kte minum air bergelas-gelas.
2 ajelah agaknya yang pelik yang ada pada kte, Kak Zara. Okey ke tak ni Kak Zara? Kira okeyla ye? Hehe... La ni nak panjangkan game ni kepada kawan2 yang lain. Antara mereka yang bertuah...
~ Kak Aida Adriani
~ Kak Fishah
~ Huda
~ Kak Azie
~ Umi Azrini
~ Kak Ija
Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end,you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog.
Sekian, babai...
~aleya aneesa~
Posted at 3:07 pm by aleya aneesa
Permalink
Salam untuk semua... Minggu ni blog ni problem sikit, mungkin tangan ni agak gatal sikit lepas naik cuti Tahun Baru. Cuit sana dan cuit sini sampai tak sedar diri. Itulah yang orang kata tak ada penyakit cari penyakit. Tapi dah dibetulkan dan dah terlanjur membetulkan... betulkan semuanyalah supaya sedap mata memandang dan ringan hati nak menulis. Sekian...

~aleya aneesa~
Posted at 2:45 pm by aleya aneesa
Permalink
Monday, February 12, 2007
Teater Raja Laksamana Bentan. Menarik dan agak menghiburkan! Itulah yang boleh aku simpulkan tentang teater yang kulihat pada hari Sabtu malam minggu yang lepas. Aku pergi dengan Bikash dan kawan2nya. Ada yang baru kukenali dan ada juga yang pernah kujumpa sebelum ini. Tentunya bersama-sama Bikash juga. Em... kiranya bertambah lagi kawan-kawanku. Syukurlah... x salah kalau kita punya kawan2 yang ramai dalam hidup.
Berbalik ttg teater tadi, sebenarnya teater bangsawan itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah pada awal bulan hari tu. Bermula pada pukul 8.30 malam. Ada beberapa buah babak yang dipaparkan dan setiap satu babak di selang-selikkan dengan nyanyian lagu-lagu asli oleh penyanyi2 dengan pelbagai tarian yang juga berbagai-bagai bentuknya. Tapi yang pasti juga mampu menghiburkan hati para penonton.
Rasanya inilah kali pertama aku menonton teater bangsawan. Dan, dah lama benar aku x menonton teater sebenarnya. Kali terakhir masa belajar dulu. Tapi kebetulan masa hari tu x ada benda yang nak dibuat. Jadi, aku pun ikut ajelah lepas Bikash ajak. Em... rugi rasanya kalau aku lepaskan peluang ni. Padahal aku pernah tekad tak nak tengok teater lagi... isyh, kira aku ni dah mungkir janji. Tapi aku mungkir dengan diri sendiri. Kira okeylah tu daripada mungkir janji dengan manusia...
Sebab aku bukannya pelajar Akademi Seni Kebangsaan, jadi aku tak kenal sesiapa pun yang melakonkan teater itu. Bikash dan kawan-kawan yang lain tentu kenallah kot sebab suka sakat diaorang juga yang berlakon tu. Yang aku kenal cuma sorang aje... Zulkifli Mohamad (Zack), pelakon yang merangkap penyanyi. Penyanyi kumpulan apa aku dah lupa. Aku cuma tau dia salah seorang daripada pelakon yang berlakon 'Sembilu Kasih'. Itu aje yang aku pernah tengok. Apa2 pun, teater tu memang menghiburkan. Apalagi dengan watak Si Kembang Cina yang sangat melucukan. So... tahniah kepada semua pelakon dan tenaga produksi yang terlibat. Buat aku ingat kat kumpulan teater UPM yang pernah aku sertai masa belajar dulu. Isyh... rindunya kat kawan2 yang sama2 bermati-matian berlatih untuk peringkat universiti di UUM. Nasib dapat banyak hadiah masa 2. Kira berbaloilah penat lelah dan air mata semua. Sekian, assalamualaikum...
~aleya aneesa~
Posted at 5:12 pm by aleya aneesa
Permalink
Thursday, February 08, 2007
Salam kepada sesiapa saja yang ada di bumi bertuah ini... Pertemuan Jabatan Sastera ditunda pada pukul 11.00 pagi, tiba-tiba saja waktunya bertukar sedangkan aku dah berkobar-kobar nak pergi. Siap dah kemas2 meja lagi. Sudahnya aku diketawakan kawan2 dan aku pun ikut sama ketawa. Geli hati mengenangkan semangat yang lain macam hari ni. Padahal, diaorg semua dah tahu aku jarang benar berminat nak ke majlis2 macam 2 melainkan kalau terpaksa. Tapi... hari ni memang rasa nak pergi sangat. Mungkin sebab malam tadi aku tidur awal kot...
Dan... dek kerana semangat yang berkobar-kobar tersembam ke tanah, aku jadi hilang idea nak buat kerja. Jadi aku pun merayap di sini. Tangan pula terasa ringan nak menulis sesuatu walaupun memang tak ada yang penting hendak diceritakan. Sekadar mahu melapangkan kepala buat beberapa ketika. Kejap lagi nak sambung kerja macam biasa sementara nak tunggu pukul 11.00 nanti.
Hem... setakat ini dulu rasanya untuk kali ini. So... mari menyanyi lagu ni. Lagu yang dah agak lama tapi aku suka sangat. Sekian, assalamualaikum...
~aleya aneesa~
~Jangan Kau Berputus Asa~
Gerbangmu terbuka mencabarku Melangkah menurut rasa rindu Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin terkorban Biarpun nanti kita terhukum kerana melanggar kebiasaan
Cinta tak pandang tak kira siapa Ia akan mencuba Selagi mana pencinta terdaya menahannya Dia kan dicuba
Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan air mata Sebelum putus tali Tuhan yang Esa Jangan kau berputus asa
Nadamu menangis menggugatku Dekati dirimu yang ku rindu Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin menyesal Biarpun nanti kita terpaksa membayar Harga yang tak setimpal
Cinta tak pandang tak kira siapa Ia akan mencuba Selagi mana pencinta terdaya menahannya Dia kan dicuba
Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan air mata Sebelum putus tali Tuhan yang Esa Jangan kau berputus asa
Sebelum gugur tercalar jiwa parah Jangan kau gugurkan air mata Sebelum putus tali Tuhan yang Esa Jangan kau berputus asa Jangan kau berputus asa Jangan kau berputus asa…
Posted at 8:27 am by aleya aneesa
Permalink
Wednesday, February 07, 2007
Manuskrip yang sudah diedit editor alaf 21 sudah pun ada di tangan awal pagi tadi. Siap dengan sehelai kertas yang meminta aku menyiapkan halaman segmen ilmu, halaman tinta penulis dan halaman dedikasi (halaman yang paling aku suka). Halaman itu aku suka sebab aku mahu menghargai sesiapa saja yang selalu ada untukku. Kali ini nama siapa pula yang hendak kuabadikan, entah... aku masih belum pasti lagi. Cuma ada beberapa orang dalam bayanganku. Mereka2 yang tak pernah jemu meminjamkan bahu mereka untuk aku bersandar. Siapa mereka? Biarlah menjadi milikku seorang untuk waktu ini. Ceh... jiwang karat pulak petang2 macam ni.
Tapi bukan itu yang berat di kepala ni. Nak melihat manuskrip itu kembali dan menyemak mana2 yang patut seperti yang diminta, itu yang buat aku rasa semacam. Apatah lagi nak mengurangkan dan menambahkan mana2 yang sesuai dalam masa 2 minggu. Huh... berpeluh juga rasanya ni. Tak kena gaya ada pulak yang tidur2 ayam nanti. Tapi rasanya 2 minggu lebih baik berbanding seminggu. Tak apalah, aku akan cuba buat yang terbaik macam novel yang lepas2.
Apa pun aku tetap tersenyum bila melihat manuskrip itu sudah bersih walaupun tidak seratus peratus. Itu bermakna tak lama lagi tentu akan ada di pasaran. Huh... gembira dan berdebar-debar tetap ada dalam hati ni. Yelah... aku cuma manusia biasa yang tak mungkin dan terlalu mustahil untuk memuaskan hati semua pihak kerana hati sendiri pun kadang2 susah untuk dipuaskan. Tapi aku tetap akan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini. Hendaknya mereka2 yang di luar sana juga akan mempunyai perasaan yang sama. Sekian, assalamualaikum...
~aleya aneesa~
Posted at 5:20 pm by aleya aneesa
Permalink
Monday, February 05, 2007
Pukul 11.10 minit aku mula keluar rumah. Tahu, dah lama Shanika tunggu aku depan pagar tapi semalam memang aku lewat sikit. Sikit ajelah... tapi walaupun sikit, adat orang buat salah. Jadi tersenyum-senyumlah aku sambil tengok dia baca surat khabar. Nasib dia tak marah dan aku tau dia tak akan marah kat aku sebab dia baik.
"Kita nak pergi mana?" Ayat pertama yang keluar dari mulut dia selepas aku mintak maaf sebab buat dia tunggu hampir 15 minit.
"Entah... aku ikut aje. Pergilah ke mana-mana pun." Aku balas sebab dia mengajak dan aku hanya penuhkan permintaan dia. Sambil 2 boleh jugak cuci2 mata ni.
"Kita pergi Nilai 3?"
Aku tersengih. "Boleh jugak..."
Akhirnya tanpa dirancang aku dan Shanika pergi juga ke Nilai 3. Betul ke orang kata, benda yang x dirancang selalunya memang akan menjadi berbanding yang dirancang? Entah! Aku x pasti tapi aku dah alami beberapa kali. Orang lain pun aku rasa pernah mengalami benda yang sama. So... kira ada betulnya juga walaupun x 100%. Di sana... ya, ada terlalu banyak barang yang aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Semua orang dah tau dah pun apa ada kt c2. Rambang mata sekejap sebab banyak benar yang aku nampak dan otak pun mula berjalan seiring dengan langkah kaki. Isyh... manusia memang mcm ni ker? Tapi aku dan Shanika terus juga masuk dari satu kedai ke satu kedai tanpa peduli pada cuaca yang semakin membahang. Panas semacam.
Yang kelakarnya, bila aku kata nak beli itu, nak beli ini, Shanika kata aku patut tengok filem 'Syaitan' kat wayang. Aku yang x tengok lagi filem tu, tapi tau apa maksud dia cuma tergelak. Apa taknya, dia cakap aku sedangkan dia sama aje macam aku. Dan, bila dah betul2 letih kami ambik keputusan untuk balik sebab ada benda lain pula yang nak dibuat kt KL. Atau lebih tepat lagi tujuan utama aku ikut Shanika keluar semalam. Lagipun masa 2 sama-sama dah mengeluh sakit kaki. Cuma lepas beli barang2 barulah aku perasan, rupa-rupanya aku ni pandai juga berbelanja @ menghabiskan duit. Ingatkan tak pandai. Bila aku cakap macam tu pada Shanika, dia ketawa macam nak pecah perut. Salah ke aku ckp mcm 2? Betullah tu. Hem... pape jelah Ika, aku tak kisah asalkan kau gembira. Dan aku pun gembira juga walaupun malam baru dapat jejak lantai rumah semula. Tapi yang penting hujung minggu aku terisi... Sekian, assalamualaikum...
*Kak Azie...kte doakan awk cepat sembuh dan lain kali boleh menang game tu*
*Selamat Hari Lahir juga kepada sesiapa yang lahir pada hari ini*
~aleya aneesa~
Posted at 5:39 pm by aleya aneesa
Permalink
Tuesday, January 09, 2007
Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU (2007) kepada semua yang ada di dunia ini. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Dan semoga azam tahun lepas yang tak tercapai akan dapat dicapai pada tahun ini. Kalau pun tak tercapai juga masih boleh dibawa ke tahun hadapan atau tahun-tahun yang akan datang, kalau panjang umur. X kiralah berapa banyak masa yang perlu diambil, pentingnya azam tu mesti tercapai.
Hem... dah lama juga aku tinggalkan rumah ni, rasa rindu pulak nak menconteng tapi tak tahu apa yang nak diconteng. Macam tak ada benda menarik yang dah aku alami sejak akhir-akhir ni sebab hari-hari pun aku hanya menjalani rutin yang sama. Pergi kerja, balik kerja, tido dan kemudian esoknya bangun, masih juga melakukan rutin itu. Pendek kata, sebelum tutup mata, itu2 jugalah yang aku akan lakukan. Orang lain pun rasanya macam 2 jugakan, hehe... Tapi itu kira okey jugalah sebab adalah juga benda yang nak dibuat daripada duduk goyang2 kaki sampai lenguh.
Apa yg nak ditulis ye? Habis idealah nampaknya aku ni. Okeylah aku stop sampai setakat ni dulu. Tapi aku nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang sudi datang ke rumah aku ni walaupun tuan dia makin jarang2 balik rumah sekarang ni. Entah ke manalah dia tu merayap ek? Apa pun, buat semua, sabar... tunggu .. pada tahun baru ni ada yang baru bakal muncul, cuma mungkin lambat sikit dan x terlalu cepat. Apa dia ek? Em, bulan 12 hari 2, aku diberitahu manuskrip terbaruku sudah siap dinilai. Alhamdulillah... sesuai untuk diterbitkan. So, aku harap ini berita gembira yang boleh aku kongsi dengan kawan2 di luar sana. Sekian... assalamualaikum...
~aleya aneesa~
Posted at 12:25 pm by aleya aneesa
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|